Saturday, December 12, 2009

Why and Because...

Why? atau dalam bahasa melayu kenapa.... Satu persoalan. kenapa bumi bulat? Kenapa tak lonjong je? Kenapa tak petak je? Soalan yang boleh dikira susah nak jawab kalau kita tak ada ilmu. Kalau kita bertanya, kita pasti mendapat jawapan. Sama ada jawapan itu berasaskan fakta atau ianya sekadar untuk memuaskan hati orang yang bertanya.

Kalau difikir secara ilmiah, secara logik dan berasaskan fakta, kadang-kadang susah kita nak terima, dan akhirnya jawapan itu akan membuahkan lagi pertanyaan yang jengkel, menyakitkan hati. Justeru itu, bila jawapan yang diberi tidak selari dengan kemahuan kita, hati akan mengambil alih!

WhY!!! (As posted by Mama)

Persoalan: Kenapa Papa tak bagi tau dah balik?

Jawapan: Papa dah bagi tau Mama kemana, apa dan berapa lama Papa akan keluar. Mama dah tau Papa keluar makan, dan seperti kebiasaan, lepas makan Papa akan berbual kosong dengan teman-teman. Dan Papa rasa tak salah kalau Papa bergaul secara sihat dengan teman-teman Papa yang rata-rata tau "batas-batas" persahabatan.

Papa pun dah bagi tahu Mama, talian internet Papa ada masalah sikit, kadang-kadang sukar untuk Papa mendapat isyarat dari modem Papa. Dan memang dah lumrah dirumah Papa, kalau talian Papa (yang Papa kongsi bersama yang lain) teramat sibuk, Papa tak dapat nak berhubung dengan Mama. Papa minta maaf seandainya ianya menyakitkan hati Mama. Papa telah menghantar pesanan di semua jenis "network" yang Mama gunakan. Tapi nasib tak menyebelahi Papa! Salahkah Papa?

Tidur awal... Papa rasa Mama dah tau yang Papa memang bercadang tidur awal, tapi bukan la seawal jam 8 atau 9 malam. Papa keluar dari rumah dari jam 9.00 malam dan Papa balik sekitar jam 11 (atau hampir jam 11). Dan papa juga terlalu mengantuk dan setelah gagal menghubungi Mama, Papa tertidur. Salahkah Papa sebab gagal menghantarkan pesanan dan sehingga Papa tertidur? Panggilan telefon dari adik Mama, yg mama minta bertanyakan lokasi Papa, sudah cukup untuk Papa jadikan sebagai bukti yang Papa berada dirumah.

Breaking your Heart
Mama,
bukan niat Papa nk menghancurkan hati mama, Papa tak dapat nak memaafkan diri Papa sekiranya Papa ulangi tabiaat lama. Papa tau, mama sayangkan Papa sebab tu Papa telah berazam untuk tak melukakan hati Mama lagi. Papa telah terlalu amat jujur pada Mama. Papa akui kesilapan yang telah lalu, dan ianya menjadi satu igauan ngeri dalam episod hidup bersama kita, dan dari itu Papa telah mendapat pengajarannya.

Papa tak sanggup lagi untuk menyakitkan hati Mama, tapi malangnya bila sesuatu berlaku diluar kawalan Papa, Mama dengan senangnya melatah. Kata-kata makian dan kejiaan Mama lemparkan pada Papa. Papa akur dengan setiap apa yang Mama katakan. Semua tuduhan Mama teramatlah pedih, tapi apakan daya Papa. Jarak yang memisahkan kita dan kasih sayang yang kuat antara kita, kadang-kadang boleh membinasakan apa yang kita ada. Persefahaman antara kita amat perlu demi menjaga apa yang kita telah ada.

Sikap pemarah Mama yang kebiasaannya amat keterlaluan selalu mengguris hati Papa. Tapi, dek kerana kesilapan yang Papa telah lakukan, Papa tak berdaya untuk memadam api kemarahan Mama, dan terpaksa Papa telan setiap kata-kata caci dan makian dari Mama. Papa pasrah... Munkin ini ujian buat Papa agar sentiasa beringat dengan kesalahan yang Papa telah lakukan pada Mama. Tapi Mama, Papa bukan sempurna. Papa banyak cacat celanya dan perlukan Mama untuk perbaiki segala kekurangan.

If I should stay, I will only be in your way
So I go, but I know I'll think of you every step of the way

And I will always LOVE you... I will always LOVE you...

I hope life treats you kind and I hope you have all you dream of
And I wish you joy and happiness
But above all this, I'm wishing you LOVE...

And I will always LOVE you
I will always LOVE you
I will always LOVE you
You... darling I LOVE you...

3 comments:

:-) said...

belajarlah untuk memahmi antra satu sama lain..
semua manusia tak sempurna, ada kelebihn dan kekurngan masing2..
jadilah pemimpin yang bijak dalm mnguruskn rumah tangga..All The best..:-)

shahlyna said...

thanks che...

Harap2 dia dpt memahami... ^_^

Papa said...

Love you Mama!

Related Posts with Thumbnails